Thursday 17 December 2015

Pengalaman Bercuti Ke Colmar Tropicale

Percutian ke Colmar Tropicale ni sebenarnya pada tahun lepas Disember 2014 tetapi disebabkan kekangan waktu... baru hari ini saya berkesempatan berkongsi pengalaman sepanjang berada di sana.

Sesiapa yang belum pernah menjejakkan kaki ke Colmar Tropicale ini...bolehlah letakkan ia sebagai salah satu destinasi jalan-jalan anda... saya sendiri merindui suasana kedamaian di sana yang nyaman, sejuk dan tenang. Hingga hari ini masih terasa keseronokan berada di sana...

Masa ni dah "Horee!!".. sebab dah sampai ke Colmar Tropicale


Kami tiba di Colmar Tropicale agak lewat dalam jam 6.00 petang. Jadi bila tiba di sana, dengan suasana hening petang, kami berangan sekejab kononnya berada di luar negara...

Betul... Colmar Tropicale bagaikan di luar negara.... kerana keterujaan.... petang tu jugak kami sakan bergambar


                                        Bersama suami di hadapan pintu masuk

                               Cam luar negara tak??? hehehe kenkonon la kan..


                              Anak saya kata..."Macam Switzerland la mama..."
                              Walhal ke sana pun tak pernah...hahaha


Yang paling best...mood anak-anak kecil pun baik jer..senang dikawal...mungkin mereka selesa dengan suasana di sana


                               Amboiii ...kan ke main seronok yer..


                                Anak yang besar lagi seronok.. pulak kaki bergambar


                                         

                            Cik abang yang tak kaki gambar pun jadi kaki gambar


     Bukan kemain lagi anak-anak mama...


Feeling honeymoon gitu...anak dah berderet empat..hehe


Jalan ke bawah menuju kolam angsa


                                       Pemandangan kolam angsa dari atas
                                                   

 
Alamak...angsa nyer sombong la...


Anak-anak bujang cuba pancing angsa... boleh ker??


Ehh...akhirnya angsa datang dekat...Yess!!


Waktu dah maghrib... stop dulu lah penerokaannya..  



COLMAR TROPICALE DI WAKTU MALAM

Kami tak terus mandi pada hari tur... lepas solat maghrib...kami sambung balik meneroka keindahan Colmar Tropicale. Haha terukkan... itulah penangan Colmar Tropicale...

Pada waktu malam...lagi cantik dengan limpahan lampu...


                                               
Gambar di ambil dari atas menara...



                                                    

Mencari makanan ringan


Selepas penat berjalan...kami pergi melihat persembahan "Magic Show" yang disediakan oleh pihak hotel.





Selepas habis melihat persembahan...masing -masing dah berbunyi perut lapar. Makan di sini agak mahal...kami memilih steamboard dengan harga RM20 seorang. Ini lah harga yang paling murah kami dapat di Colmar Tropicale ni...

Maaf tiada gambar diambil semasa makan... masing-masing takde yang sudi nak jadi jurukamera...benar-benar lapar...hehehe


MENGINAP DI HOTEL COLMAR TROPICALE

Badan dan letih...perut dah kenyang...apalagi kan.. waktu untuk balik ke bilik hotel masing-masing.

Cerita tentang tempat penginapan ni kan...kami memilih menginap di hotel Colmar Tropicale tur sendiri. Kami booking melalui booking.com...yang pasti dapat harga lebih rendah daripada harga sebenar. Saya lupa jenis bilik yang kami pilih tapi sesuai dengan keluarga kami 6 orang... dapat 2 katil saiz queen... dengan harga RM300++ satu malam.. okaylah kan...siap sarapan pagi tau!... dan yg best ada balkoni untuk melihat pemandangan luar.




Terima kunjungan adik lelaki...







Okay Good Night..nak mandi, solat kemudian tidoo...Zzzzzzz


SARAPAN PAGI (PAKEJ PENGINAPAN DI COLMAR TROPICALE)

Pakej penginapan yang kami ambil beserta sarapan pagi dan waktu sarapan pula sehingga jam 11.00 pagi. Memang puas hati dengan pelbagai menu yang disediakan. Saya memang jenis suka makan..jadi saya tak melepaskan peluang untuk merasa pelbagai jenis makanan dari menu barat hinggalah menu warisan kita. 



Mula-mula..layan anak-anak makan dulu & bagi mereka betul-betul kenyang





Lepas tur.. mak bapaknya pulak ambil peluang...romatik ala-ala honeymoon gitu...hihihi



WAKTU MENINGGALKAN COLMAR TROPICALE

Sebenarnya tak puas berada di sini tapi waktu kami agak singkat. Menyesal pula rasanya tidak menginap 3 hari 2 malam...hahaha. Ada satu aktiviti yang kami tak sempat nak buat iaitu mandi di kolam hotel Colmar Tropicale ni. Maklumlah anak-anak sememangnya suka mandi kolam.. Takpe, ada rezeki lagi, kita datang sini lagi.


Sebelum balik, kami sekali lagi tak melepaskan peluang mengambil gambar di Colmar Tropicale yang cantik ini...






Check-Out

Babai Colmar Tropicale..huhu




Friday 11 September 2015

Pengalaman Bercuti Ke Melaka Bandaraya Sejarah

Pengalaman bercuti ke Melaka Bandaraya bersejarah ni sebenarnya berulang-ulang kali maklumlah jiran negeri Johor. Sejak saya kecil lagi sehinggalah berkahwin, dari anak satu hingga lah anak empat...dari sebelum berhijab hinggalah berhijab... saya merasakan bagai puas meneroka Melaka. Tapi sebenarnya, walaupun negeri Melaka ini kecil sahaja, namun terlalu banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi terutamanya anak-anak yang masih kecil...pasti suka dengan Melaka.

Pengalaman ke Melaka ini, saya gabungkan semua pengalaman yang dah berkali-kali tur menjadi satu cerita bermula selepas saya berkahwin. Percutian pertama pada tahun 2006 (anak 2) kemudian tahun 2009 (anak tiga) dan kali terakhir tahun 2011 (anak empat) dan kali keempat pergi bersama adik beradik. Percutian zaman saya kecil-kecil dulu tak dapat dikongsikan kerana kenangan gambar pun sudah tiada. 

Jom tengok tempat-tempat yang menarik di Melaka;

1. Bandar Hilir 

Inilah tempat utama yang harus dikunjungi. Bandar Hilir umpama tulang belakang negeri Melaka. Di sinilah pelbagai bangunan sejarah dapat dilihat.


A Famosa









Bangunan Stadhuys (Bangunan Merah)




Muzium Samudera

Kalau nak feeling naik kapal laut besar...jangan lupa mengunjungi Muzium Samudera. Memang unik rekabentuk muzium ni dan nama Kapal Samudera ini ialah Flor De La Mar...hehe..bunyi ala Portugis gitu.  Nama pun muzium tentera laut, jadi pengisian lebih kepada tadbir urus laut zaman kegemilangan Melayu Melaka.


Harga Tiket : Dewasa RM3.00 Kanak-kanak RM1.00






Dalam Muzium Samudera



Kalau penat berjalan, kita naik becalah... hehe


Menara Taming Sari

Merupakan menara pandang setinggi 110 meter dan berputar 360 darjah. Ini membolehkan para pengunjung dapat melihat Bandar Melaka secara keseluruhan. Rekaannya adalah berdasarkan reka bentuk keris Taming Sari..Owh macam ni rupanya rupa keris Taming Sari...hehe baru tau!

Harga Tiket: 
Dewasa RM20 dan kanak-kanak RM10 (Diskaun 50% bagi pemegang Mykad)


Sementara menunggu giliran menaiki Menara Taming Sari



Bila tiba giliran, waktu pun dak gelap...punyalah ramai pengunjung hari tur..

Bergambar beramai-ramai selepas menaiki menara Taming Sari... Tapi menara ni tinggi sangat, tak dapat nk ambil gambarnya... huhu

Kita naik beca lagi ke Melaka River Cruise.. memang tak larat nak berjalan.. hehe


Melaka River Cruise










2. Melaka Wonderland Theme Park & Resort
   
Waktu saya pergi pada tahun 2006...nama tema air ni adalah Water World Melaka. Waktu ini, kamera tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam kawasan Water World. Jadi tiada gambar yang dapat dikongsikan keadaan dalam water world ini namun yang pasti, anda tidak menyesal ke sini... memang menyeronokkan.


Water World ini sekarang dikenali sebagai Melaka Wonderland Theme Park & Resort

Harga Tiket TERKINI (2015) Melaka Wonderland Theme Park & Resort 

~Kanak-kanak bawah 90cm -Percuma
~Dewasa RM33.20
~Kanak-kanak RM32

Yuran masuk hanya untuk tema air sahaja. Perlu bayar yuran lain untuk Taman Dinasor, go-kart, paintball & permainan arked.


3. Pantai Pengkalan Balak

Pantai Pengkalan Balak ni sngat sesuai kalau kita pergi beramai-ramai. Terdapat deretan rumah chalet di hadapan pantai dan juga disediakan pondok santai serta tempat pembakaran bbq. Kami masa ini hanya pergi sekeluarga dan bawa bersama ibu mertua sahaja. Alangkah bestnya kalau ke sini bersama adik beradik sekali..pasti meriah..dan malam.. makan bbq..haha berangan jer masa tur..

Tempat penginapan di hadapan pantai sahaja



Pondok bersantai yang disediakan







 Jarak antara chalet, pondok santai dan pantai berdekatan sahaja..




Apalagi... aktiviti mandilah di sini




Semasa di sana, kami sempat berkenalan dengan sebuah keluarga. Gambar kenangan anak-anak kami dengan kawan-kawan yang baru dikenalinya


4. Zoo Melaka Ayer Keroh

Tempat ni memang banyak kali kami pergi sebab anak-anak suka sangat tempat ni. Zoo Melaka ini memang memuaskan hati.. keadaannya terpelihara dan pelbagai jenis binatang ada di sana.

Harga Tiket Terkini (2015): Dewasa (RM16.90) Kanak-kanak (RM6.80)


                                                  Di Zoo Melaka semasa anak dua.. hehe



Pergi lagi Zoo Melaka semasa anak tiga.. masa ni bawa bersama ibu mertua



Pergi lagi ke Zoo Melaka semasa anak 4. Masa ni memang meriah sebab pergi beramai-ramai bersama adik beradik













5. Lain-lain tempat menarik di Melaka

Sebenarnya terlalu banyak tempat menarik yang ada di Melaka. Antara tempat yang pernah saya kunjungi semasa zaman kanak-kanak seperti berikut;

1. Pantai Tanjung Bidara
2. Taman Mini Malaysia Ayer Keroh
3. Taman Buaya 
4. Taman Rama-rama
5. Taman Mini Malaysia
6. Taman Mini Asean
7. Perigi Hang Tuah


Antara lain-lain tempat menarik yang belum saya kunjungi di Melaka

1. Muzium Warisan Baba & Nyonya
2. Muzium Istana Melaka
3. Taman Ular dan Reptilia
4. Tasik Ayer Keroh
5. Taman Botanikal Melaka
6. Taman Burung Melaka

Inilah Melaka... walaupun kecil dan dah selalu pergi... tapi tak berjaya nak khatam..sentiasa ada perubahan dan tambahan lokasi pelancungan. Melaka memang best.. Babai..



TIP-TIP BERCUTI DI MELAKA

Sebenarnya tak banyak masalah bila bercuti di Melaka ni...semuanya mudah... maklumlah setiap tempat-tempat yang menarik tur berdekatan dan kita tidak membuang masa di jalan raya.

Tapi mengikut pengalaman saya, cuma yang perlu difikirkan 2 perkara ni sahaja; 

1. Melaka memang sesak pada waktu cuti umum, cuti sekolah atau cuti perayaan. Anda akan terbuang masa kerana perlu beratur panjang untuk membeli tiket masuk pada tiap-tiap lokasi menarik di sana. Jadi tak heran jika kita dengar...ada pengunjung dah berkali-kali pergi Melaka tetapi masih tidak dapat menaiki Menara Taming Sari kerana pengunjung yang ramai sangat... so pandai-pandai pilih tarikh nak bercuti.




2. Walaupun Hotel & Chalet banyak di Melaka... masih juga tak mencukupi disebabkan jumlah pengunjung yang sangat ramai. Jadi booking hotel lebih awal yer...nak murah, booking melalui Agoda.com