Friday 11 September 2015

Pengalaman Bercuti Ke Melaka Bandaraya Sejarah

Pengalaman bercuti ke Melaka Bandaraya bersejarah ni sebenarnya berulang-ulang kali maklumlah jiran negeri Johor. Sejak saya kecil lagi sehinggalah berkahwin, dari anak satu hingga lah anak empat...dari sebelum berhijab hinggalah berhijab... saya merasakan bagai puas meneroka Melaka. Tapi sebenarnya, walaupun negeri Melaka ini kecil sahaja, namun terlalu banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi terutamanya anak-anak yang masih kecil...pasti suka dengan Melaka.

Pengalaman ke Melaka ini, saya gabungkan semua pengalaman yang dah berkali-kali tur menjadi satu cerita bermula selepas saya berkahwin. Percutian pertama pada tahun 2006 (anak 2) kemudian tahun 2009 (anak tiga) dan kali terakhir tahun 2011 (anak empat) dan kali keempat pergi bersama adik beradik. Percutian zaman saya kecil-kecil dulu tak dapat dikongsikan kerana kenangan gambar pun sudah tiada. 

Jom tengok tempat-tempat yang menarik di Melaka;

1. Bandar Hilir 

Inilah tempat utama yang harus dikunjungi. Bandar Hilir umpama tulang belakang negeri Melaka. Di sinilah pelbagai bangunan sejarah dapat dilihat.


A Famosa









Bangunan Stadhuys (Bangunan Merah)




Muzium Samudera

Kalau nak feeling naik kapal laut besar...jangan lupa mengunjungi Muzium Samudera. Memang unik rekabentuk muzium ni dan nama Kapal Samudera ini ialah Flor De La Mar...hehe..bunyi ala Portugis gitu.  Nama pun muzium tentera laut, jadi pengisian lebih kepada tadbir urus laut zaman kegemilangan Melayu Melaka.


Harga Tiket : Dewasa RM3.00 Kanak-kanak RM1.00






Dalam Muzium Samudera



Kalau penat berjalan, kita naik becalah... hehe


Menara Taming Sari

Merupakan menara pandang setinggi 110 meter dan berputar 360 darjah. Ini membolehkan para pengunjung dapat melihat Bandar Melaka secara keseluruhan. Rekaannya adalah berdasarkan reka bentuk keris Taming Sari..Owh macam ni rupanya rupa keris Taming Sari...hehe baru tau!

Harga Tiket: 
Dewasa RM20 dan kanak-kanak RM10 (Diskaun 50% bagi pemegang Mykad)


Sementara menunggu giliran menaiki Menara Taming Sari



Bila tiba giliran, waktu pun dak gelap...punyalah ramai pengunjung hari tur..

Bergambar beramai-ramai selepas menaiki menara Taming Sari... Tapi menara ni tinggi sangat, tak dapat nk ambil gambarnya... huhu

Kita naik beca lagi ke Melaka River Cruise.. memang tak larat nak berjalan.. hehe


Melaka River Cruise










2. Melaka Wonderland Theme Park & Resort
   
Waktu saya pergi pada tahun 2006...nama tema air ni adalah Water World Melaka. Waktu ini, kamera tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam kawasan Water World. Jadi tiada gambar yang dapat dikongsikan keadaan dalam water world ini namun yang pasti, anda tidak menyesal ke sini... memang menyeronokkan.


Water World ini sekarang dikenali sebagai Melaka Wonderland Theme Park & Resort

Harga Tiket TERKINI (2015) Melaka Wonderland Theme Park & Resort 

~Kanak-kanak bawah 90cm -Percuma
~Dewasa RM33.20
~Kanak-kanak RM32

Yuran masuk hanya untuk tema air sahaja. Perlu bayar yuran lain untuk Taman Dinasor, go-kart, paintball & permainan arked.


3. Pantai Pengkalan Balak

Pantai Pengkalan Balak ni sngat sesuai kalau kita pergi beramai-ramai. Terdapat deretan rumah chalet di hadapan pantai dan juga disediakan pondok santai serta tempat pembakaran bbq. Kami masa ini hanya pergi sekeluarga dan bawa bersama ibu mertua sahaja. Alangkah bestnya kalau ke sini bersama adik beradik sekali..pasti meriah..dan malam.. makan bbq..haha berangan jer masa tur..

Tempat penginapan di hadapan pantai sahaja



Pondok bersantai yang disediakan







 Jarak antara chalet, pondok santai dan pantai berdekatan sahaja..




Apalagi... aktiviti mandilah di sini




Semasa di sana, kami sempat berkenalan dengan sebuah keluarga. Gambar kenangan anak-anak kami dengan kawan-kawan yang baru dikenalinya


4. Zoo Melaka Ayer Keroh

Tempat ni memang banyak kali kami pergi sebab anak-anak suka sangat tempat ni. Zoo Melaka ini memang memuaskan hati.. keadaannya terpelihara dan pelbagai jenis binatang ada di sana.

Harga Tiket Terkini (2015): Dewasa (RM16.90) Kanak-kanak (RM6.80)


                                                  Di Zoo Melaka semasa anak dua.. hehe



Pergi lagi Zoo Melaka semasa anak tiga.. masa ni bawa bersama ibu mertua



Pergi lagi ke Zoo Melaka semasa anak 4. Masa ni memang meriah sebab pergi beramai-ramai bersama adik beradik













5. Lain-lain tempat menarik di Melaka

Sebenarnya terlalu banyak tempat menarik yang ada di Melaka. Antara tempat yang pernah saya kunjungi semasa zaman kanak-kanak seperti berikut;

1. Pantai Tanjung Bidara
2. Taman Mini Malaysia Ayer Keroh
3. Taman Buaya 
4. Taman Rama-rama
5. Taman Mini Malaysia
6. Taman Mini Asean
7. Perigi Hang Tuah


Antara lain-lain tempat menarik yang belum saya kunjungi di Melaka

1. Muzium Warisan Baba & Nyonya
2. Muzium Istana Melaka
3. Taman Ular dan Reptilia
4. Tasik Ayer Keroh
5. Taman Botanikal Melaka
6. Taman Burung Melaka

Inilah Melaka... walaupun kecil dan dah selalu pergi... tapi tak berjaya nak khatam..sentiasa ada perubahan dan tambahan lokasi pelancungan. Melaka memang best.. Babai..



TIP-TIP BERCUTI DI MELAKA

Sebenarnya tak banyak masalah bila bercuti di Melaka ni...semuanya mudah... maklumlah setiap tempat-tempat yang menarik tur berdekatan dan kita tidak membuang masa di jalan raya.

Tapi mengikut pengalaman saya, cuma yang perlu difikirkan 2 perkara ni sahaja; 

1. Melaka memang sesak pada waktu cuti umum, cuti sekolah atau cuti perayaan. Anda akan terbuang masa kerana perlu beratur panjang untuk membeli tiket masuk pada tiap-tiap lokasi menarik di sana. Jadi tak heran jika kita dengar...ada pengunjung dah berkali-kali pergi Melaka tetapi masih tidak dapat menaiki Menara Taming Sari kerana pengunjung yang ramai sangat... so pandai-pandai pilih tarikh nak bercuti.




2. Walaupun Hotel & Chalet banyak di Melaka... masih juga tak mencukupi disebabkan jumlah pengunjung yang sangat ramai. Jadi booking hotel lebih awal yer...nak murah, booking melalui Agoda.com































1 comment:

  1. Bet on Sports and Online at Betway Casino - JTG Hub
    Play and win at Betway 과천 출장안마 Casino. 수원 출장안마 For 남원 출장마사지 those that are new to the online 충청북도 출장샵 casino, Betway is one of the 경상남도 출장안마 first to offer mobile casino games.

    ReplyDelete